Thursday, June 18, 2009

Cinta..Sayang..Rindu..

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai,Tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga...Cinta hanya sebuah keindahan perasaan,Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga... Cintailah orang yang engkau kasihi itu seadanya,mungkin saja dia menjadi orang yang kau benci pada suati hari kelak.Juga bencilah orang yang kau benci itu seadanya,barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti....
Jangan kau tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta,Kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia,Atas KASIH SAYANG TUHAN kau dan dia bertemu,dan atas limpah kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi...Pernahkah kau fikir kebesaranya????
Dalam sebuah percintaan,Janganlah kau sesali perpisahan tetapi sesali lah pertemuan kerana tiada pertemuan tiadalah perpisahan...Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai org itu..Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tapi dia tidak mencintai kita kerana lebih mudah kita mengubah pendirian diri sendiri dari mengubah pendirian orang lain..Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,bukan dari pemberian semata...
Cinta tidak selalu bersama jodoh,tapi jodoh selalu bersama cinta "CINTA LETAKNYA DI HATI,MESKIPUN TERSEMBUNYI,NAMUN GETARANNYA JELAS SEKALI"..Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus mengendalikan tindakan kita sehingga kadang kala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari..
Jangan sesali apa yang telah pergi.Jangan tangisi apa yang telah tiada...Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.....KITA SERING NAMPAK DERITA HARI INI,TAPI KITA JARANG INGAT KEBAHAGIAAN UNTUK ESOK HARI,JADI BELAJARLAH UNTUK MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI UNTUK HARI INI,KERANA KITA TAKKAN DAPAT MENCAPAI PENGHARGAAN UNTUK ESOKNYA JIKA SEMUANYA TELAH TIADA...
KETIKA KAMU MELONTARKAN SESUATU DALAM KEMARAHAN,KATA-KATAMU ITU MENINGGALKAN BEKAS SEPERTI LUBANG DI HATI ORANG LAIN..KAMU DAPAT MENUSUKKAN PISAU ITU..TETAPI TIDAK PEDULI BERAPA KALI KAMU MEMINTA MAAF,LUKA ITU TETAP AKAN TETAP ADA,DAN LUKA KERANA KATA-KATA ADALAH SAMA BURUKNYA DENGAN LUKA BERDARAH...

2 comments: